Sweet Potato :3
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Friday 25 January 2013 | 19:53 | 0 Atasinchi

             

                      SCHEDULE CINTA 1


'Iskh, pelik betul la aku tengok bebudak zaman sekarang. Haram ke dosa ke dah tak kenal! Aishh' getus hati Arissa menahan kemarahan apabila terlihat sepasang remaja dengan gembiranya berpelukan sambil berjalan di hadapan orang ramai.

Dengan pantas dia menghempas pintu kereta mercedes itu. Nellysa turut membuntutinya keluar dari tempat pemandu kereta mercedes itu.

"Ehem Cik Sofea, ko jangan nak buat kereta mercedes ni macam kereta ko boleh tak? Sesuki ko je nak hempas-hempas pintu kereta kesayangan aku ye? Dah lama tak makan penumbuk agaknya ni?" ujar Nellysa sambil terangkat-angkat kening mengalahkan Ziana Zain lagaknya.

"Errr,hehe. sory ar sis! Tak sengaja. Tapi bab-bab panggil aku Sofea ni memang aku pantang. Ko nie memang ar. Sehari je ko tak panggil ku Sofea boleh tak? Too girly la! Tak Suka! Huh!" Ujar Arissa sambil menggempal-gempal tangannya persis gaya nak menumbuk orang.

Niat untuk makan di restoran masakan Timur bersama Nellysa merangkap bestfriendnya yang x bertauliah tersebut terbantut setelah dia melihat pasangan tadi menuju ke restoran itu.

"Err, wei, aku rasa macam kenal je gaya jalan dia" getus Arissa.
Nellysa hanya menggelengkan kepalanya saja melihat gelagat rakannya itu.
'Aish, dia ni. Apsal bengap sangat tah?' getus hati Nellysa.

"Cik Arissa Sofea Binti Firash Ahmad, ko bukan MACAM kenal, tapi ko memang kenal pun ngan diorang tu! tu adik ko, Arriez Iskandar ngan makwe dia a.k.a adik abang Jambu!!" Ujar Nellysa geram dengan kebengapan kawannya secara tiba-tiba itu.

"Oh, yeke? hehe" ujar Arissa bersahaja. "Wait,What? Adik??"

____________________________________________________________________________________


Arissa mempercepatkan langkahnya menuju ke restoran Timur itu. Amarahnya tidak dapat dikawal lagi tatkala adegan yang tidak menarik itu dilakukan oleh adiknya sendiri.

Nellysa yang masih tecegat di badan kereta mercedesnya masih tidak mahu berganjak menuju ke restoran itu. Dia tidak mahu ikut campur soal adik beradik itu. Lagi pula, dia tidak mahu namanya tercemar di depan adik abang Jambu kesayangannya itu.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran itu, matanya liar mencari pasangan itu. Matanya terbeliak luas saat matanya tertatap adegan suap menyuap diantara pasangan itu.

Dia pantas mempercepatkan langkahnya menuju ke meja pasangan itu. Dengan serta-merta dia menarik telinga adiknya,Arriez.

"Oh, kat sini ko rupanya. Tadi akak ajak pergi Sunway ko taknak. Dah la peluk-peluk anak dara orang. Tak tau malu ke..blabla..blabla..." leter Arissa panjang lebar.

"Iskh akak ni, Senyap boleh tak? Kan tempat public ni" ujar Arriez sambil menarik tangan kakaknya keluar dari restoran itu. Dia sudah tidak tahan lagi menanngung malu akibat jeritan lantang kakaknya itu.
'Boleh pekak telinga aku camni. aishh' getus hati Arriez.

Arriez kembali bersuara setelah keluar dari restoran itu.
"For your information, Arriez memang dah plan date dengan Dania. Tuptup akak pulak kol ajak Arriez keluar. No way! It'll be better if I continued with my date right? kalau akak jadik Arriez, konfem akak akan buat benda yang sama la" Ujar Arriez bersahaja. Sebenarnya niat dia di hati ingin memerli kakaknya yang still single walaupun usianya hampir mencecah 23 tahun itu.

 "Eleh, blah la kau. Sekali lagi aku nampak aksi kau yang tak sedap lagi tak best kat mata aku ni,aku report kat abah, tahu! Sekarang aku nak ko belanja aku. Dah jom!" Ujar Arissa sambil menarik tangan Arriez masuk ke restoran itu.
Arriez hanya mencebikkan mukanya mengajuk percakapan kakaknya itu.

Di parking lot...
'Eh, minah ni! Tinggalkan aku camni je. Bukan nak ajak masuk jugak ke. Huh! Alahai nasib dapat kawan macam dia' getus hati Nellysa sambil melangkah menuju ke restoran itu.

Nellysa dan Arissa berkawan sejak dari sekolah menengah lagi. Sehinggakan ke Universiti sekalipun, mereka still bersama. Cuma yang berbeza, Nellysa ambil course Finance and accounting. Manakala Arissa mengambil jurusan Electrical engineering. Arissa Sofea, namanya secantik wajahnya. Berhati lembut tapi bersifat brutal.

____________________________________________________________________________________

Danish Iqram menyandarkan bahunya ke seat di dalam officenya itu. Kepalanya terasa berat selepas menjawap panggilan telefon ibunya.
Baru sahaja sebentar tadi Datin Rosmiena memberitahunya agar pulang awal untuk makan malam bersama calon isterinya yang ke 10.

'Aku still muda la! baru 25 tahun. Alahai nasib jadik anak tunggal keluarga' getus hati Danish.

Fikirannya mula menerawang jauh mengenangkan hari-hari terakhir di universitinya.

"Arissa Sofea" Tanpa disedari bibirnya menguntumkan senyuman tatkala bibirnya menyebut nama itu.


PAST FUTURE


_______________________________________
✿ Miss Owner ✿


I'm a human. Live on the Earth. Know how to read,count and speak. I am scared sometimes. Sometimes, I am brave even when I'm scared. I believe in loyalty and trust. I believe loyalty is built on trust. I try to be kind, I try to be generous. I think standing up for myself is important. I think standing up for others is more important. But standing with others is most important. I'm just me. Not anybody else. The End.
_______________________________________
✿ Meet Me Here ✿

  
 

_____________________________
✿ Sing Along ✿