Hujan. Malam yang sunyi. Amani mengerling kepada telefon bimbitnya di
sebelah bantal. 1.04 pagi. Daripada saat dia merebahkan badan ke atas
katil lebih kurang pukul 12.30 malam tadi hingga waktu ini, matanya
masih belum mahu bekerjasama dengan badannya yang mahu rehat awal.
Fikirannya terasa penat dan lelah. Resultnya jatuh teruk
berbanding semester lepas. Jika dahulu , Alhamdulillah dia sempat
menerima anugerah dekan tetapi semester ini, sekadar cukup-cukup makan,
memang langsung tidak mencapai target.
Fikirannya melayang kepada sahabatnya nun jauh di utara, Syahirah.
Malam tadi Syahirah menghantar mesej bertanyakan khabar, bertanya
mengenai keputusan peperiksaan akhir lebih tepat. Amani tahu hati
sahabatnya yang satu itu sedang berbahagia dengan keputusan
peperiksaannya, melihatkan pada status di facebook tadi sudah mengiyakan telahannya.
Dia juga turut merasa tempiasnya. Iyalah, itu sahabatnya. Sahabat
yang setia bersama susah dan senang. Sejak dari matrikulasi lagi.
Ditakdirkan Allah S.W.T mereka belajar di universiti yang sama, juga di
utara tanah air. Tempat yang dirasakan sesuai sungguh untuk belajar.
Walaupun dia perlu berkelana jauh dari keluarga demi mencari ilmu.
Walaupun ada sahabatnya di sini musykil, bagaimana ia boleh belajar di
tempat seperti itu, jauh dari bandar . Tetapi baginya, daerah itu
menemukan dan mendekatkan dirinya dengan Dia yang tercinta. Daerah sunyi
bak kata mereka, tetapi punya sejuta perkara yang mengajarnya tentang
apa itu Cinta Yang Esa.
"Amani, are you sure you are okay? Menangislah kalau perlu, aku selalu ada kat sini untuk kau." Mesej Syahirah membuatkan dia tersenyum. Betul, inilah sahabatnya yang tidak pernah gagal membuat dia tersenyum.
"Aku okay je cik Irah wei. Aku pun tak tahu sebab apa tapi sampai sekarang aku tak nangis-nangis lagi. Yang aku rasa, kosong," Amani
membalas, dia sendiri tidak pasti kenapa matanya degil sungguh hari
ini. Dia hendak menangis, rasa sesuatu yang berat sedang dirinya pikul.
"Kau tahu kan kalau Allah S.W.T uji, tandanya Dia sayang kan?
Allah S.W.T nak beritahu kau yang Dia sayang kat kau, Amani. Dia suka
kalau kau mengadu pada Dia. Memang aku dapat result yang melepasi
target, Alhamdulillah tapi aku sekarang takut, takut kalau-kalau nikmat
kejayaan dunia ni buat aku terlalai, kau pun tahu ujian kesenangan ni
yang mudah buat manusia jatuh. Aku tahu kau sedih, aku kenal kau bukan
baru sehari Amani. Kalau kau tak boleh menangis sebab ni, cuba kau
menangis sebab kau tak boleh menangis.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mulk ayat 13, "dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh,Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
Allah S.W.T tahu apa saja dalam hati kau, Amani. Kalau kau rasa hati
kau kosong, jangan cuba isi dengan dunia, tapi isi dengan akhirat. Maaf,
tapi kau tahu kan aku suka kalau tulis mesej panjang-panjang ni. Hehe." Syahirah, Syahirah.
Antara kawan-kawan yang dia ada, Syahirah paling cepat tangkap apa
yang dirinya perlukan. Memang sahabatnya ini suka benar menulis mesej
panjang-panjang, inboxnya ini kadang-kadang tidak cukup memory. Mungkin kerana dirinya suka simpan mesej-mesej Syahirah, mesejnya penuh dengan isi walaupun gadis itu nampak bersahaja.
"Aku tahu Irah. Dia uji sebab Dia sayang. Aku tengah cuba untuk
redha dengan semua ni. Aku kadang-kadang, bukan, selalu aku buta pada
rahmat-Nya. Tak apa, kau punya mesej berisi, panjang pun boleh jugak
ubat hati aku. Thanks ye Irah." Amani tersenyum.
"Sebut pasal ubat hati, tadi aku ada baca kat satu blog tadi, nak
kongsi dengan sahabat aku yang tersayang ini. Penulis itu kata, kalau
dah tahu kita macam jauh daripada Allah S.W.T dan rasa macam tak ada
dalam rahmat Dia, janganlah pulak kita pergi dengar lagu, konon-konon
nak lepas tekanan. Jangan pulak pergi tengok movie, konon-konon bagi
free sikit otak daripada rasa sesak. Tapi cuba isi dengan sesuatu yang
boleh bagi kita dekat dengan Allah S.W.T.
Contohnya, baca tafsir
al-Quran ke, dengar nasyid ke, pergi tengok keindahan alam ke, pergi
baik-baik dengan kucing ke kan. Bab baca tafsir tu, aku dah pernah buat
dan Alhamdulillah, aku bertemu ubat hati yan paling mujarab. Sebenarnya
tak payah aku cakap pun, kau dah sedia tahu kan Amani?"
Syahirah memang gemar membaca blog, boleh melihat kehidupan
orang lain katanya. Dia kata kadangkala apabila membaca kisah hidup
orang lain, boleh buat kita rasa syukur sungguh-sungguh dengan hidup
yang kita ada.
Matanya masih terkebil-kebil, biasan lampu dari ruang tamu membolehkan dia menatap siling biliknya.
Tadi ibu kata, "Amani kata Amani rasa macam jauh dari rahmat
Allah S.W.T bila tengok result yang Amani dapat. Tapi sebenarnya bukan
macam tu sayang. Allah AS.W.T sedang menyampaikan rahmat-Nya pada Amani,
melalui ujian kegagalan ni. Allah S.W.T nak Amani lagi dekat pada Dia
dan belajar untuk bersyukur dengan semuanya. Tak semua yang dapat ujian
macam ni, rahmat Allah S.W.T itu luas, sayang. Cuba Amani tengok, kat
luar sana. Mungkin ada yang lulus dengan cemerlangnya tapi dia sempat
pergi celebrate dengan cara-cara maksiat, pergi konsert, kelab malam,
bercampur lelaki perempuan. Nak tunjukkan betapa gembiranya dia. Allah
S.W.T sedang uji jugak dia dengan kejayaan, ujian dia lagi besar
daripada Amani." ibu mengusap lembut kepalanya.
"Allah S.W.T sayang anak ayah ni, sebab tu Allah S.W.T bagi
Amani rasa yang Amani macam jauh daripada Dia sedangkan sebenarnya tak.
Allah S.W.T nak tarik balik Amani agar selalu lebih ingat pada Dia. Ayah
selalu ingatkan anak-anak ayah, jangan lupa sesaat pun pada Allah
S.W.T. Jangan tinggal solat, jangan lupa al-Quran, jangan lupa apa Nabi
S.A.W pesan." Ayah menambah. Amani tidak berani mengangkat pandangan. Hatinya dijentik rasa kesal kerana tidak tahu bersyukur.
"Orang-orang yang beriman dan bertaqwa itu apabila dia diuji
dengan kesenangan, dia bersyukur dan bertambah keimanannya pada Allah
S.W.T. Dan apabila dia diuji dengan kegagalan, dia juga pantas bersyukur
dan bersabar dengan ujian itu. Sebab dia yakin Allah S.W.T sedang
mendidik dia dan Insya-Allah ada pulangan yang lebih baik dari
jalan-jalan yang dia tak sangka.
Cuba kau tengok tafsir ni, "Barangsiapa
bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Dia akan bukakan jalan keluar
baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T akan
mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T melaksanakan
urusan-Nya. Sungguh Allah S.W.T telah mengadakan ketentuan bagi setiap
sesuatu."
Ini ayat dua dan tiga dari Surah at-Talaq. Cantikkan apa yang Allah beri pada kita? Jadi, senyum saja, tak perlu kata apa-apa. Hehe." Kata-kata daripada Syahirah waktu dia sedih sebab tidak
yakin dengan kemampuannya dalam temuduga biasiswa hari itu kembali
menerjah di ingatannya.
Betul. Dia selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T
bagi pada dirinya. Dia ada ibu, ayah dan sahabat-sahabat yang selalu di
sisi dia.
Subhanallah, Allah S.W.T tidak pernah lupa pada dia tapi dia selalu leka dengan dunia. Allah S.W.T ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 152, "Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
Tetapi dirinya sekarang, tidak bersyukur malah semakin menjauh pula
daripada Allah S.W.T. Jahatnya dirinya, dia sedih dengan diri sendiri.
Dekatkan diri pada Allah S.W.T. Amani bangun daripada katil. Ya, dia perlu berubah. From good to better. Dia melangkah ke bilik air dan berwudhuk.
"Allahuakbar..."
Amani berteleku di sejadah. Air matanya menitis laju. Kali ini bukan
kerana dunia, tapi kerana Allah S.W.T semata-mata. Dia sungguh-sungguh
bersyukur di atas nikmat iman dan Islam yang di pegang. Dia ingin
memohon sungguh-sungguh pada Allah S.W.T dan berserah semuanya pada Dia
Yang Kuasa. Sebab Dia sayang Allah S.W.t. Dan dia tahu Allah S.W.T
sayang dia. Amani, senyumlah.
I'm a human. Live on the Earth. Know how to read,count and speak.
I am scared sometimes.
Sometimes, I am brave even when I'm scared.
I believe in loyalty and trust. I believe loyalty is built on trust.
I try to be kind, I try to be generous.
I think standing up for myself is important.
I think standing up for others is more important.
But standing with others is most important.
I'm just me. Not anybody else. The End.
_______________________________________
My Life ; I'm Atie Iekah. Born on 16th July 1995. Yeahh, I am officially 18 years old now. I've 4 sibling,1 boy and 3 girls. And I am the third among them. Live at Sungai Lalang,Kedah,Asia Tenggara,Bumi. Single but not available. Still searching for "makcik" hidayah to upgrade my beloved "Kak" Iman. I was a MJSC Merbok student-from 2008 until 2012. There, I met various people that teach me how to live a life. Currently study at Kolej Matrikulasi Gopeng,Perak. There, I learnt how to manage my time well and be more independent. Last but not least,maafkan aku for my broken English. I'm bad at it. But, tangan ni gatal sngat nak tulis dalam English. Yelah, nampak gempak sikit. Okay, aku poyo. The End.
Likes ;
☆ Kpop
☆ Watching Korean/japanese drama
☆ Action movie(twilight,resident evil,etc)
☆ Facebooking
☆ Blogging/Blogwalking
☆ Wechat-ing
☆ Gaia-ing
☆ Hilal Aysraf-Simfoni Cinta
☆ Angelwearsgucci blog
☆ Nasi&Lemak blog
☆ Hamasah As-Syabab blog
☆ Mesin Cermin blog
☆ AkuIslam blog
☆ Langit Ilahi blog
☆ Lychee
☆ Nasi goreng kampung/Paprik
☆ Eating
☆ Laughing
☆ sleeping
☆ Stalking
☆ Farting :p
Hates ;
☆ Annoying person
☆ Liars
☆ i dont know what actually .w.