Sweet Potato :3
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Tuesday 29 May 2012 | 22:58 | 6 Atasinchi





 +Hai syg, I xleh nak tido la teringatkan u :)

Terbeliak biji mata Nova melihat bit2 perkataan yg terpapar di skrin phonenya itu.
`Hekeleh ,tak boleh blah betul mamat nie! ko pikir aku suke kat ko ke? haha hampeh je' getus Nova, tersenyum sendiri sambil menekan punat utuk meng-off phonenya...

"Hmm,baik aku tido lagi bagus,esok nak pegi interview pulak. Mr foggy,selamat malam...muahhh!!" ujar Nova sambil mencium anak patung foggynya yang diberi oleh Hairul Iskandar, iaitu pakwe TETAP dia.
Tahu kenapa tetap?? Mana tidaknya, pakwe keliling pinggang( dasar playgirl!) tapi seorang pun dia x serius kecuali dengan Hairul saja. Yelah, yang lain hampeh ibarat pisau lipat! Eh,ada ke pulak pisau lipat erk?? Kalau pisau cukur untuk perempuan,pisau lipat untuk lelaki kan, betul tak??(walaupun tak ada dalam kamus pun)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Nova, saya ada permintaan. Boleh awak tunaikan??" Ujar Hairul
" Untuk awak yang saya sayang sampai bila-bila nie, semua pun boleh!" ujar Nora bersahaja
"Hmmm, berat untuk saya katakan. Saya nak awak lupakan saya. Buanglah semua barang yang pernah menjadik kenangan kita" Balas Hairul
"Aa...aawakk jangan buat lawak! Kenapa awak cakap macam nie? Kenapa!!!!?" Ujar Nova . Air mata sudah membasahi pipinya. Dengan pantas dia menyeka air mata yang mengalir itu.
"Maafkan saya Nova, saya tak dapat terima cinta awak. Hati saya dah terisi oleh orang lain" ujar Hairul Iskandar sambil bayangannya semakin menjauh dan menghilang..
"Tidakkkkk!!!!!" Tempik Nova sambil berusaha untuk mengejar Hairul.

BUKKK!!!
"Adoiiii" Getus Nova sambil menggosok punggungnya yang sakit itu.
"Eh?? Mana Hairul?? Aku kat mana ni? Hmm,rasanya nie bilik aku! Jaa..jangan-jangan.....aku mimpi kot tdi,ceh!" ngomel Nova lantas naik ke atas katilnya semula. Tanpa melengahkan masa,Nova memeriksa handsetnya kerana khuatir Hairul menghantar mesej padanya waktu subuh pagi itu. Ternyata terdapat 5 miss call dan 1 mesej  daripada Hairul.'

+Assalam my sweetie,tido lagi ke? Haha..nape x angkt kol saye? 

"Alamak,kantoilah aku ABC arini, aiyakkk ,apa aku nak cakap ngan dia nanti? ermm...hah!!! Kata jelah aku sibuk ngan urusan nak pegi interview. Bohong sunat,hehe" muncul idea jahat Nova setelah buntu sebab tak ada alasan kenapa tak angkat call ataupun membalas mesej daripada Hairul pagi tadi. Laju saja tangannya membalas mesej itu.

"Eh, dah pukul bape erk??" Mukanya diangkat untuk mengadap jam dinding di biliknya itu.
" Ya Allah, aku dah lambat interview nie" Getus Nova sambil berlari-lari anak ke bilik air dengan membawa sehelai tuala berwarna biru yang tersangkut di bahunya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ma,Nova nak pegi dah nie" ujar Nova sambil tangannya laju mengambil beberapa keping roti dan menyapu jem yang berada di atas meja.
"Dah nak pegi? You should take your breakfast dulu la, sayang" Lembut sahaja Datin Annisa berbicara dengan anak tunggalnya itu.
"Ni ada roti kat tangan ni, hehe..lagipun, it too late for my first interview ar  mama! Nova takut diorang disqualified Nova pulak nanti, k ar ciow,assalamualaikum" Ujar Nova lantas menyalami mamanya,Datin Annisa Az-zahra

Kereta yang dipandu Nova makin menghilang pada pandangan Datin Annisa.
'Ishk3 budak nie,kalau suruh kerja under bapak dia,dia tak nak la pulak. Kan dah susah nak kena pergi interview pulak.'Getus hati Datin Annisa sambil menapak masuk ke dalam rumah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu tentang rasa nyanyian Astrid sayup-sayup kedengaran di radio kereta yang dipandu Nova. Dia ketawa kecil apabila menyedari dia turut sama menyanyi itu.
'Jangan hujan japgi sudah haha' ngomel hati Nova

Laju saja kereta Perodua Myvi milik datuk Nova meluncur di jalan raya. Nova tidak menggunakan black ferrari tuneronya kerana tidak mahu orang lain salah sangka niatnya mahu memohon perkerjaan sebagai secretary memandangkan dia anak kepada Tengku Rayyan. Nova dengan tenang memandu kereta itu  menuju ke Rizqu Holdings. Setelah 2 hari mempractice tip-tip untuk berjaya dalam temuduga dan sijil-sijilnya yang dirasa sangat mengagumkan, kini, Nova berasa yakin bahawa dia akan berjaya menjawat jawatan tersebut walaupun ini pertama kali dia menghadiri sesi temuduga.

Hari ini Nova berpakaian elegant dan formal sekali. Dia memakai baju kot berwarna hitam dan berseluar slack. Wajahnya pula tampak neutral dan cukup menawan dengan secalit gincu sahaja. Simple but elegant! Nova memarking kereta agak jauh dari bangunan Rizqu Holdings memandangkan keadaan berdekatan bangunan itu nampak sesak.Tanpa melengahkan masa, Nova menapak masuk dengan lajunya ke dalam bangunan itu. Dia sudah tidak hairan lagi kalau orang ramai di sekililingnya mengatakan dia pelik kerana baginya, orang yang perlu dipikat adalah si penemuduga dan bukan orang ramai di sekelilingnya itu.

Tanpa disengajakan, langkah laju Nova telah menyebabkan dia terlanggar sebatang tiang.
Eh, tiang ke?? wait! Oppss..bukan tiang! 'benda' yang dilanggarnya itu adalah seorang pemuda! Dan yang lagi terkejutnya ialah air yang diminum lelaki itu telah tertumpah pada badan lelaki itu sendiri. Nafasnya terasa sesak!
'Alamak,sape pulak aku langgar nie, aku dah ar lewat nak pergi interview..hmm..aku minx maaf jelah sbb tu je jalan terbaik!'getus hati Nova sambil menenangkan hatinya.

"Ennnc..." kata-kata Nova terhneti apabila  lelaki itu memotong percakapannya.
"Woi, mata kau letak kat mana hah!!?? Sial betul! Baju aku habis basah. Apsal semua orang nak bagi aku hangin je arini hah!? Arghh" Tempik lelaki itu. Orang sekeliling semuanya terkejut mendengar suara lelaki itu.

'Apa masalah dia ni entah. Terjerit-jerit! Nak jerit pegi hutan jelah. Harap muka je hensem, perangai hampeh! Yang tu air kosong je pun. Eh kejap, betul ke air kosong tu?? Tapi warna air tu putih je..Ni buat aku x puas hati ni' getus hati Nova

"Encik,saya mintak maaf sebab dah langgar encik tadi. Tapi saya bukan sengaja nak langgar pun. Lagipun air yang encik minum tu air kosong je. K ar, saya mintak diri dulu sebab saya ada hal, assalamualaikum" ujar Nova sambil melajukan langkahnya menuju ke tempat temuduga supaya sempat menghadiri temuduga itu.
Sebenarnya Nova bukan saja melajukan langkahnya kerana temuduga semata-mata, malah dia juga mahu melarikan diri daripada suara lelaki yang dilanggarnya a.k.a Encik Air yang sangat 'gemersik' di telinganya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Adira Nova Az-Zahra, sila masuk ke dalam office sekarang!" Jelas dan lantang nama Nova dipanggil oleh gadis yang agak tinggi lampai itu.

"Terima kasih" Ujar Nova sekadar ingin berbahasa. Gadis itu hanya terseyum manis saja.
Dubb..Dabb..Dubb..Dabb..Dubb..Dabbb
'Wahai hati,apsal dengan kau nie? gabra je tiba-tiba? Relax Nova, you can do it! Aja-aja fighting! yeahhh!!' getus hatinya.

Nova membetulkan kot pakaiannya dan membuka pintu office yang tertulis CEO Rizqu Holdings setelah merasakan puas hati terhadap penampilannya. Pintu bilik dibuka. Dilihatnya terdapat seorang lelaki yang sedang menulis sesuatu di atas kertas. Nova mengambil peluang untuk mencuri-curi pandang wajah lelaki itu.

'erkk..!'

______________________________________________________________________________
#Maaf la saye bru update citer nie..amacam?? ok ke  x citer nie?? bg komen skit hehe :P
p/s:nie blog bru..blog lama saya ter-remove hehe..

Labels:

FUTURE


_______________________________________
✿ Miss Owner ✿


I'm a human. Live on the Earth. Know how to read,count and speak. I am scared sometimes. Sometimes, I am brave even when I'm scared. I believe in loyalty and trust. I believe loyalty is built on trust. I try to be kind, I try to be generous. I think standing up for myself is important. I think standing up for others is more important. But standing with others is most important. I'm just me. Not anybody else. The End.
_______________________________________
✿ Meet Me Here ✿

  
 

_____________________________
✿ Sing Along ✿